SKMM Block Sharing Site.. Respon dari Piratebay.....

Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia.

Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.

Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.

"Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com.

Via Malaysiakini..


*Komen aku..

Kitak org nak block kaa ban kaa apa2 kaa.. aku sik kesah :) .. pecayaklah.. benda tok sik akan stopping org utk mencari jalan utk download barang2 *piracy.. :) lepas tok . ktk org *SKMM akan menanggung azab dan sensara atas tindakan ktk org. sebab.. ada beberapa kompeni .. akan menerima maximum impact atas ktk org pun ACT! .. *sama2 kita tunggu sidak downgrade pakej internet masing.. sebab sikda guna kita make tenet laju2 mun dah sikda kebebasan berinternet..

So kepada kerajaan Malaysia.. anda akan kehilangan kepercayaan dari pengundi muda @ka belia. sebab masalah kedak tok. :) *bukan aku nyokong piracy tapi percayalaklah gine2 pun ktk org nak manteras pirate mintak maaf lah. ku rasa semua org di malaysia tok support pirate hahahhahahha..

:) PIRATE UTK SEMUA!!!

2 comments:

AmirFX said...

Setuju ehhh.. Macamlah sidak ya mpun sik pernah copy.. Lambang satu malaysia gik niru dari Israel...

Nikolai said...

ya lah . Nang apa la sidak govt nek tok.. ada yg ok di polah sidak. pi part nak sik ok tok. lah yg nyuruh aku sakit ati gilak. panas ati tok hahahhaha